Friday, October 3, 2008

gaya hidup anak-anak muda sekarang


hi friends, pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia. Sempena dengan hari raya ini, saya ingin membuat komen yang berkaitan dengan iklan petronas "mak ok tak???" yang saya tonton baru-baru ini dengan keadaan yang berlaku sekarang. Dalam iklan tersebut kelihatan tentang "gaya hidup" anak-anak muda sekarang. Setuju tak anda semua jika saya katakan anak-anak muda sekarang kalau tidak ada internet dan telefon bimbit, mereka tidak dapat "hidup" ???????? Bagi saya betul. Anak-anak muda sekarang kalau tiada internet dan telefon bimbit, susah!!!!! Tak dapat hidup!!!!!!! Saya bukan hendak memarahi anak-anak muda sekarang tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dan pangalaman saya, anak-anak muda ini kalau ada internet dan telefon bimbit, "tak makan pun takpe, janji mereka ada akses untuk kedua-dua "gadget" tadipun sudah cukup bagi mereka". kenapa tidak laman web yang lain????? Jika dilihat kepada data yang telah dikeluarkan oleh enjin carian popular, Google, pada tahun 2007, jumlah pengunjung Malaysia bagi laman web friendster.com. myspace.com dan pelbagai laman web sosial lain mencatat rekod pengunjung yang tinggi. kenapa laman-laman web sebegini yang mencatat rekod pengunjung yang tinggi?????? Inilah trend anak-anak muda sekarang. Dalam usia ini, mereka harus ada akaun friendster, akaun myspace, akaun yahoo messenger, akaun msn, telefon bimbit yang selalu "ditop-up tak putus-putus" dan pelbagai "kelengkapan" lain. Hidup mereka pada usia ini tidak akan "lengkap" tanpa semua ini. Alam Maya ini akan memajukan kita atau akan menghancurkan kita????????!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 23, 2008

Keputusan turunkan harga minyak 2 hari lagi....harga barang bila pulak????????


Ketika ini, hangat diperkatakan tentang isu untuk menurunkan harga minyak dalam negara. jadi posting saya juga berkait rapat dengan isu menurunkan harga minyak. Rakyat Malaysia dengan "penuh sabar" menunggu keputusan daripada kerajaan untuk menurunkan harga minyak dalam negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini (24/09/2008). Buat masa ini, harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter. Sama ada harga minyak akan turun atau tidak itu masalah lain. Apa yang ingin saya ketengahkan disini ialah adakah harga barang akan turun juga setelah kerajaan umumkan penurunan harga minyak pada hari rabu ini???????? Adakah peniaga-peniaga akan menurunkan harga barang-barang keperluan setelah selesa menjualnya pada harga yang tinggi?????? Kita begitu sibuk untuk menurunkan harga minyak tetapi tiada pula suara atau jaminan bahawa harga barang keperluan akan turun semula......Tiada pulak menteri-menteri yang membuat kenyataan bahawa harga barang akan diturunkan semula......Kita biasa mendengar, sekiranya harga minyak naik, harga barangpun akan naik.......Tapi bila harga minyak sudah turun, adakah harga barang juga akan turun sama???????

Wednesday, September 17, 2008

Abdullah dan Najib tukar portfolio kementerian


hi friends.....kali ini saya kembali dengan posting terbaru.....tak masuk surat khabar lagi 17/09/2008.... : ) esok baru masuk surat khabar 18/09/2008.......hehehe...isunya ialah tentang isu pertukaran portfolio di antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dengan dua jawatan yang agak tinggi iaitu jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan I. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah mengambil jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang telah disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini. Sudah menjadi kebiasaan sebelum ini di mana Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri Kewangan 1 dan Timbalan Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri Pertahanan. Hari ini, isu ini menjadi lebih menarik apabila buat pertama kali, "cross jawatan" dibuat melibatkan dua jawatan yang penting dalam kerajaan dan ia berkuat-kuasa serta merta. Pertukaran jawatan ini menjadi isu yang menarik bagi pandangan saya kerana ia secara tiba-tiba dibuat dan pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran saya berhubung dengan pertukaran jawatan ini. Kenapa hendak tukar portfolio sekarang???? Adakah pertukaran jawatan di antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ini di sebabkan oleh faktor kredibiliti???????????? Saya tidak ingin mengulas panjang tentang isu ini sebab sekarang ini ramai orang masuk ISA sebab blog.....hehehehe.....Saya biarkan persoalan ini untuk difikir-fikirkan oleh anda semua......

Monday, September 8, 2008

lompat parti

hi friends, hari ini, saya akan menyentuh tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang. Isu tersebut ialah isu "lompat parti". Sebelum memulakan posting saya ini, seperti biasa saya ingin mengatakan bahawa ini merupakan hasil pandangan saya dan tiada kaitan di antara hidup dan mati tau....hehehehe :) Sejak 50 tahun negara Malaysia merdeka, kepimpinan kerajaan Malaysia telah diterajui oleh Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Pilihan Raya Malaysia yang ke-12 pada 08/03/2008 telah mengubah "arus" politik dalam sejarah Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional yang menang majoriti dalam pilihanraya-pilihanraya yang sebelum ini terpaksa akur dengan "suara rakyat". Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan undi majoriti mudah. Apa yang ingin saya utarakan disini bukan mengenai pilihanraya yang ke-12, tetapi tentang isu parti yang sedia ada sekarang yang ingin lompat parti. Dahulu, apabila Barisan National menjadi sebuah parti komponen yang kuat, tiada siapa yang "merelakan" diri untuk keluar daripada Barisan National. Selepas pilihanraya yang ke-12, makin banyak suara kedengaran daripada parti-parti komponen Barisan Nasional yang ingin keluar parti. Saya tidak ingin menyatakan parti mana yang ingin keluar, anda sendiri pun tahu tentang parti-parti tersebut. Persoalan yang ingin saya utarakan disini ialah, kenapa ingin keluar parti sekarang, bukan dahulu?????? Jadi, apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti-parti ini???? Adakah sebab kerusi???? atau kuasa????? kepentingan diri sendiri???? Jadi, parti-parti ini akan bersama pada waktu senang dan akan meninggalkan parti pada waktu susah.....macam itu ke???? Fikir-fikirkanlah.......

Monday, September 1, 2008

Manusia pentingkan diri sendiri


hi friends.....Setuju tak apabila saya mengatakan bahawa manusia hanya akan datang pada anda setelah menilai apa yang anda ada??? Apabila anda ada sesuatu yang menjadi kepentingan mereka, barulah mereka akan mendekati diri dengan anda????? Setuju tak???? Bagi saya, betul..... berdasarkan pemerhatian saya dan apa yang telah saya lalui selama 23 tahun di muka bumi ini, saya bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan manusia ini hanya pentingkan diri sendiri. Kita mungkin tidak sedar, tetapi manusia ini hanya pentingkan diri mereka sendiri. Cuba lihat dan rasai sendiri. Dalam kehidupan seharian, cuba bilang berapa orang yang telah datang kepada anda. Dalam banyak-banyak orang yang datang itu, cuba kira balik berapa orang yang meminta pertolongan anda untuk buat itu, untuk buat ini. Selagi anda mempunyai sifat "ringan tulang" untuk menolong orang dan ada kepentingan tertentu bagi mereka, sudah pasti anda akan menjadi sasaran mereka. Cuba anda bayangkan diri anda sebagai pengemis jalanan. Adakah orang akan mendekati anda??? Jangan cakap orang lain, adik-beradik mahupun saudara mara anda pun tidak akan mendekati anda.....setuju tak??? SEKIRANYA anda telah menjadi orang berjaya dalam hidup, bergaji besar, hidup mewah......makin ramailah yang akan mendekati anda. Orang yang anda tidak kenali juga akan mula merapatkan diri dengan anda. Satu lagi contoh, cuba anda berpakaian kotor dan ke pasar raya dengan keadaan comot dan kotor. Cuba tengok sama ada anda dilayan oleh jurujual itu ataupun tidak. Mereka tidak akan menghampiri anda langsung. Hal ini berbeza sekiranya anda berpakaian kemas dan bertali leher. Inilah manusia. Anda akan dinilai berdasarkan pencapaian, taraf, kedudukan dan apa yang anda ada. Jika anda tidak mempunyai apa-apa, tiada siapa yang akan mendekati anda. Saya timbulkan perkara ini setelah melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, setelah melihatkan realiti hidup kita sebagai MANUSIA. Inikah TEORI MANUSIA di bumi???? Adakah kita ingin menjadi MANUSIA seperti di ATAS ?????

kakak nak jadi kakak saya tak????

hi friends....sebelum memulakan posting yang terbaru, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi kawan-kawan semua......pose biar penuh tau....hehehehe...Baru-baru ini saya melihat iklan Celcom yang terbaru.....iklan 1+5 celcom yang baru...."kakak nak jadi kakak saya tak????" :) Iklan Celcom tersebut mempromosikan tentang pakej 1+5 celcom yang baru. Mesej yang ingin disampaikan dalam iklan tersebut ialah menambahkan lagi perhubungan, ikatan daripada menerusi pakej yang ditawarkan oleh Celcom dahulu iaitu Celcom 1+3. Akan tetapi, saya melihat jauh daripada itu.... :) Saya ingin mengaitkan iklan tersebut dengan apa yang sedang berlaku sekarang......Di dalam iklan tersebut, tiada siapa yang mempedulikan tentang adik tersebut. Ramai orang yang lalu-lalang di kawasan tersbut, tetapi tiada siapa yang melayan mahupun berhenti untuk menanyakan apa yang sedang berlaku, apa yang telah terjadi pada adik tersebut...Inilah senario yang dapat lihat di Malaysia pada hari ini.....'Sibuk' la katakan... Masing-masing dengan kerja masing-masing. Tiada siapa pun yang mengambil berat tentang tentang perkara yang berlaku disekeliling mereka. Kita jarang bertegur sapa dengan jiran kita, ada juga yang tidak pernah bersembang dengan jiran di sebelah rumah kita. Yang memeranjatkan, ada juga yang tidak mengetahui siapa jiran mereka.....Jiran yang berada di sebelah rumah pun kita tak kenal, apatah lagi perkara yang berlaku di kawasan sekitar tempat perumahan, perkara yang berlaku di daerah, di negeri dan didalam negara......sudah pasti tidakkan????? Kemudian, apabila berlaku kes anak hilang, kes rogol, kes samun, kes bunuh, kes kecurian dan lain-lain lagi, semua akan menunding jari kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dengan mengatakan pihak polis tidak menjalankan tugas dengan baik dan mengakibatkan kepada keadaan persekitaran yang tidak selamat, kadar jenayah yang tinggi dan lain-lain lagi. Siapa yang penyumbang kepada semua ini?????????? Polis atau rakyat itu sendiri??????? Kita mungkin tidak melihat pekara ini, tetapi inilah kebenarannya. Rakyat yang menjadi punca kepada semua ini. Jiran yang diibaratkan sebagai saudara terdekat tidak lagi memainkan peranannya. Kadang-kadang saya terfikir....Adakah semua ini menjadi indikator yang menunjukkan bahawa negara Malaysia semakin membangun dan maju sehingga mengabaikan "asas asal kita" ?????? Ini baru tahun 2008....Apa yang akan berlaku pada 10 tahun akan datang????????

Tuesday, August 26, 2008

Dato' Sri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh


hi friends, keputusan pilihanraya Permatang Pauh yang dinanti-nantikan oleh 27 juta rakyat Malaysia dan juga "pemerhati-pemerhati" luar negara telah pun diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun 10.12 malam tadi. Seperti yang dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan undi majoriti sebanyak 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut mendapat 31,195 undi, manakala calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat pula memperolehi 92 undi sahaja. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar atas kemenangannya itu. Kita harus menerima keputusan pilihanraya ini kerana ia adalah suara rakyat dan keputusan rakyat untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen semula. Senario politik Malaysia menjanjikan "rentak" yang berbeza dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen. Tambahan pula, pada hari jumaat ini Perdana Menteri yang juga menteri kewangan akan membentangkan bajet 2009. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah esok 27 Ogos 2008, kita semua berpeluang menyaksikan sesi 'panas' tersebut di parlimen. Walau apa-apa pun yang berlaku, kita harus mengambil langkah "wait and see" terhadap keadaan dan suasana politik negara. Kita lihat sama ada Datuk Anwar Ibrahim mengotakkan janjinya sewaktu pilihanraya ataupun tidak......dan satu lagi, kita seharusnya pandai menilai sesuatu perkara....bukan berdasarkan kepada emosi dan perasaan marah kita terhadap sesuatu isu atau perkara. Yang pasti selepas ini.....politik Malaysia akan menjadi seperti "menuang petrol ke dalam api" sekirannya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat di parlimen ini hanya mementingkan ideologi parti dan kerusi masing-masing tanpa memikirkan tentang masa depan negara...Selamat kembali ke parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.....

Sunday, August 24, 2008

Motor ini ABAH PUNYA


Apabila tiba musim perayaan dan kemerdekaan, saya akan duduk di kaca televisyen untuk menunggu iklan Petronas. Petronas, melalui iklannya akan muncul dengan pelbagai tema yang berbeza dan menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang sesuatu isu atau perkara dengan baik sekali. Sempena dengan bulan kemerdekaan, Petronas telah muncul satu iklan yang pada mata kasar nampak normal dan menghiburkan tetapi mempunyai mesej tersirat yang membawa maksud mendalam. Iklan "Motor ini Abah punya" ini pada pandangan dan tafsiran saya mempunyai maklumat dan mesej yang mendalam tentang erti kesusahan dan keperitan orang dahulu untuk mencapai kemerdekaan...Tak faham ke????hehehe....ok,tengok bagaimana saya kaitkan iklan tersebut dengan kemerdekaan ye... :)Watak bapa yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai bapa di dalam video tersebut sering kali menolak keinginan anaknya apabila inginkan sesuatu. Dalam iklan tersebut, anaknya meminta jaring ikan dan meminta kereta kayu. Bapanya menolak segala permintaan anaknya dengan baik dan memberi 'hint' kepada anaknya agar berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya. Anaknya telah mengubahsuai segala bahan terpakai untuk mencapai yang diinginkan. Babak seterusnya menunjukkan bagaimana anaknya itu maju dalam hidup dan menghadiahkan motor tersebut kepada bapa kesayangannya. Apa kaitannya semua ini dengan kemerdekaan????? Ok.... di sini saya mengaitkan watak yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai pejuang kemerdekaan negara. Afdlin Shauki telah mengorbankan segala impian dan hasrat untuk memiliki motorsikal idamannya demi masa depan anaknya. Beliau telah menyimpan segala duit yang ada untuk masa depan anaknya. Begitulah juga dengan pejuang-pejuang negara yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mereka telah mengorbankan masa, impian dan hasrat mereka demi masa depan negara. Semua yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka pada masa dahulu. Sekirannya pejuang-pejuang ini hanya memikirkan tentang kepentingan dan keselesaan mereka ketika itu, saya pasti sehingga sekarang kita tidak boleh untuk mencapai kemerdekaan daripada negara British. Sikap Afdlin Shauki yang seperti "biarlah saya susah, tapi anak saya senang nanti" inilah telah membuat anaknya menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Secara tidak langsung, Afdlin Shauki telah mengajar anaknya tentang erti kesusahan hidup ini dan apa yang kita inginkan tidak boleh didapati dengan semudah yang disangkakan. Apa yang telah anaknya laluinya pada masa dahulu memberi kesan kepada keadaannya pada masa sekarang. Sekarang dia telah berjaya dalam hidup dan mampu "membayar balik" keinginan dan hasrat bapanya untuk memiliki motorsikal idaman. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat......segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu......Kejab-kejab, tak habis lagi....Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!! "Proud to be Malaysian !!!!!"

Thursday, August 21, 2008

Kibarkan bendera terbalik?????????


hi friends....sekarang isu terbaru dalam negara kita adalah mengenai mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik pada bulan kemerdekaan ini. Apabila mengetahui tentang berita ini, saya marah dan malu terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh saudara Kickdefella daripada Kelantan. Segala hujah yang diberikan olehnya agar rakyat Malaysia mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik setelah melihatkan keadaan ekonomi sekarang, pucuk pimpinan kerajaan yang lemah, dan menceritakan tentang masalah peribadi beliau. Saya tidak ingin bercerita tentang masalah peribadi beliau. Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah mengapa bendera Malaysia yang "menjadi mangsa" kepada semua ini???????? Sekirannya anda tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan negara yang ada sekarang, tukarkan mereka dengan kerajaan baru pada pilihan raya yang akan datang, apa masalahnya dengan bendera Malaysia?????????? Tidakkah mereka tahu yang bendera Malaysia merupakan simbol kemegahan, kekuatan, martabat dan maruah negara??????? Apa yang menghairankan saya ialah mengapakah rakyat Malaysia sendiri yang melakukan perkara tersebut???????????? Tidakkah anda berbangga menjadi rakyat Malaysia???????? Dahulu isu lagu NegaraKUKU.....Sekarang isu untuk mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik.....apa lagi yang akan timbul pada masa akan datang???????????? Apa yang membuatkan saya marah ialah rakyat sendiri yang memalukan negara Malaysia dengan tampil membuat perkara-perkara yang sedemikian!!!!!!! Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mempertahankan negara, bukan memalukan dan menjual maruah negara sendiri!!!!!!!!!! Adakah anda akan "declare" bahawa anda ini datang daripada negeri Kedah, negeri kelantan atau daripada negeri Perak apabila ke luar negara nanti??????????? Tepuk dada, tanya minda!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 20, 2008

Wall- E dan Manusia....


hi kawan-kawan...saya ini banyak membincangkan tentang masalah negara dan Malaysia kan???kita bagi rehat sekejab ok ...hehehe....Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang filem yang telah saya tonton baru-baru ini. Saya telah menonton filem Wall-E, sebuah filem yang berkaitan dengan robot....Saya terpanggil untuk menulis tentang filem Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) ini kerana filem Wall- E ini merupakan satu-satunya filem animasi 3d yang telah membuat hati saya tersentuh.....hampir-hampir mengalirkan air mata la katakan.....hehehhehehehe.... Filem ini memang menarik untuk tontonan seisi keluarga : ) Filem ini mengisahkan cinta sebuah robot, iaitu Wall- E yang kesepian di muka bumi yang telah setelah lama tidak diduduki oleh manusia . Manusia meninggalkan muka bumi ini ke angkasa lepas atas sebab bumi ini tidak selamat untuk diduduki manusia dan benda hidup lain. Sejak beratus tahun, Wall-E bertugas sebagai Majlis Perbandaran la katakan untuk membersihkan sampah-sampah di bumi. Hobinya adalah mengutip benda-benda yang kecil seperti skru, cincin, kasut untuk mengisi kesepiannya selain daripada kerja rutin yang biasa dilakukannya. Cinta ini berputik selepas Wall-E bertemu dengan Eve, sebuah robot di angkasa lepas yang telah ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan di muka bumi. Eve telah dihantar untuk melihat dan mengkaji sama ada bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia ataupun tidak. Disitu Wall-E telah menjadi kawan dengan iaitu Eve dan hubungan mereka menjadi istimewa. Sebagai tanda cinta, Wall-E telah menghadiahkan satu-satunya pokok yang terdapat pada muka bumi kepada Eve. Pokok itu merupakan bukti bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh makhluk hidup. Eve telah menerima pokok tersebut dan bergegas ke angkasa lepas untuk memberitahu bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia. Wall-E yang sudah lama keseorangan di bumi mengikut Eve ke angkasa lepas. Pelbagai pergolakan berlaku di angkasa lepas. Hati saya tersentuh apabila "motherboard" yang mengerakkan Wall-E musnah dalam pergolakkan yang berlaku di angkasa lepas dan Wall-E telah hilang ingatan tentang semua perkara yang berlaku. Eve telah mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan Wall-E. Memang sedih tau....heheehehe.....Sambil menonton filem tersebut, beberapa soalan muncul tanpa jawapan dalam otak saya.....Antara soalan yang muncul dalam fikiran saya ialah " mengapakah manusia sekarang semakin kurang dan hampir tidak mempunyai perasaan kasih sayang sedangkan Wall-E dan Eve sebagai robot mempunyai perasaan kasih sayang yang tinggi????????" Kita sebagai manusia????? Dimanakah nilai kemanusiaan sekarang?????? Tanyalah diri sendiri....Masing-masing mengejar kepentingan peribadi dan kekayaan hidup yang bersifat sementara.....Apa yang akan terjadi pada masa akan datang?????????????

Tuesday, August 19, 2008

Sekadar berkibar pada bulan Ogos????????


hi...i dah kembali lagi...selain kesibukan dengan pilihan raya bagi kerusi Parlimen di Permatang Pauh, satu lagi perkara yang mungkin kita lupakan buat sementara waktu ini.....Yup, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Saya terlintas untuk menulis tentang kemerdekaan setelah melihat bendera Malaysia sudah mula naikkan di bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan. Kelihatan juga anak-anak muda dengan begitu semangat sekali melatakkan bendera Malaysia pada basikal-basikal dan motorsikal mereka. Jadi posting saya pada kali ini berbunyi seperti ini "Sekadar berkibar pada bulan Ogos?????" :) Kadang-kadang saya tergelak apabila melihatkan perlakuan rakyat Malaysia apabila menaikkan bendera Malaysia pada bulan Ogos setiap tahun. Pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya apabila melihatkan semua ini. Antara soalan yang bermain dalam fikiran saya ialah: i. Adakah rakyat Malaysia betul-betul menghayati erti kemerdekaan atau hanya menaikkan bendera Malaysia setelah melihatkan rakan-rakan mereka atau menurut arahan daripada kerajaan untuk menaikkan bendera-bendera tersebut???? ii. Rasa cintakan negara itu hanya datang pada bulan Ogos setiap tahun atau memang terdapat dalam setiap rakyat Malaysia???? iii. Mengapakah rakyat Malaysia hanya menunjukkan semangat cintakan negara hanya pada bulan Ogos dan tidak pada bulan-bulan yang lain????? Persoalan-persoalan ini hanya bermain dalam fikiran saya dan tidak terjawab sehingga sekarang. Jawapannya terletak pada setiap rakyat Malaysia. Buatlah penilaian diri sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Penilaian diri sendiri dapat mengukur nilai patriotisme dan nasionalisme setiap individu terhadap negara tercinta, MALAYSIA.......

Sunday, August 17, 2008

Apa yang berlaku di Permatang Pauh??????? Parti Politik "berKerja kuat"????

hi friends... saya sudah kembali lagi.....hehehee... Pemilihan posting kali ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya setelah melihat pergolakan yang berlaku di Permatang Pauh. Sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang memerhati pergolakan, pertempuran parti-parti politik bagi mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh(P44). Ini adalah deretan daripada perletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bergiat aktif di dalam politik. So my posting berkaitan dengan pilihan raya yang berlaku di Permatang Pauh. Tajuk posting saya kali ini ialah 'Apa yang berlaku di Permatang Pauh????? Parti Politik bekerja keras????. Seperti biasa, ini adalah pandangan saya dan tiada kaitan diantara yang hidup atau yang dah mati... :) .Pilihan raya pada 26 Ogos 2008 pastinya menjanjikan persaingan yang sengit dua calon utamanya iaitu Barisan Nasional dengan calonnya iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Parti-parti politik yang terlibat di dalam pilihan raya ini akan "berkerja keras" untuk memenangi kerusi parlimen tersebut. Saya dapat melihat parti-parti politik yang bertanding sememangnya "berkerja keras" untuk memenangi pilihanraya ini. Mereka "bekerja keras" dalam memukul jurugambar The New Straits Times Press (NST) dan agensi berita asing Peranchis , insiden penyokong parti diraba di punggung dan diludah penyokong parti politik, menunjukkan aksi lucah dengan menunggeng punggung dan mungkin banyak lagi pada masa akan datang. Apa yang sedang berlaku ini???? Inikah contoh parti-parti yang bakal mempimpin kawasan Permatang Pauh tunjuk kepada rakyat, kepada pemerhati pilihan raya, baik di dalam negara ataupun luar negara?????? Tidakkah mereka malu dengan mempamerkan atau bertindak sedemikan???? Adakah mereka semua ini berjuang atas konsep "matlamat menghalalkan cara" seperti yang diketengahkan oleh Niccolo Machiavelli ????????
fikir-fikirkanlah..........

Sunday, August 10, 2008

Atlet Olimpik Negara berjuang atas nama MALAYSIA atau insentif satu juta???


hi hi.....i dah kembali dengan my posting yang kedua...hehehe....sekarang nie kita semua telah melanda demam Sukan Olimpik Beijing 2008.....so my posting pun ade la jugak kaitannya dengan Sukan Olimpik nie.....kali ini saya muncul dengan tajuk Atlet Olimpik Negara berjuang atas nama Malaysia atau insentif satu juta???so.....macam biasa.....ini merupakan pandangan saya dan tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati....hehehee....Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu insentif baru kepada atlet-atlet negara yang berjaya merangkul pingat emas di dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diberi wang sebanyak RM 1 juta. Wau....besar jumlahnya kan....Isu pemberian insentif kepada atlet-atlet yang cemerlang semenangnya bagus kerana ia adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghargai atlet-atlet sukan negara. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah adakah atlet-atlet negara berjuang atas nama negara atau berjuang atas insentif RM 1 juta tersebut?????? Apabila diberi pilihan diantara RM 1 juta dan MALAYSIA....mana satu yang akan anda pilih????? Wahai atlet-atlet Malaysia, berjuanglah atas nama negara tercinta, MALAYSIA!!!!!! Jangan berjuang atas habuan yang bakal diterima nanti.
Tunjukkanlah semangat nationalisme yang tinggi dalam setiap acara sukan yang disertai. Contohilah atlet-atlet daripada negara China. Mereka mempunyai semangat nationalisme yang tinggi dalam segala bidang yang diceburi sehingga menjadi salah satu daripada "Emerging Superpower ". Mereka tidak mengharapkan wang yang melimpah ruah dalam poket mereka tetapi atas semangat cintakan negara mereka, mereka berjaya mengharumkan negara China ke peringkat antarabangsa. Sikap inilah yang kita mahu pada setiap atlet-atlet negara. President John F. Kennedy juga pernah berkata "ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country" Semangat inilah yang perlu ada dalam setiap atlet-atlet negara sewaktu berjuang untuk negara nanti. Soal RM 1 juta tersebut ketepikan dahulu. Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh demi negara. Anda boleh lakukannya!!!!!

Saturday, August 9, 2008

Kemana Halatuju Malaysia: Kehancuran atau pembangunan?



hi guys...this is my first posting.....tak tahu nak tulis ape.....hehehe.....finally, i decide nak tulis tentang tajuk ini : Kemana arah tuju negara malaysia? kehancuran atau pembangunan? sebelum itu, saya ingin jelaskan...posting ini merupakan pandangan saya berdasarkan senario politik yang sedang berlaku dalam negara.....so, tiada kaitan antara yang hidup n mati tau...hehehe....Selepas pilihan raya Malaysia yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008, halatuju pembangunan negara negara menjadi tanya soal.....kenapa? dalam sejarah, buat pertama kali parti pemerintahan Barisan Nasional telah kalah teruk di dalam pilihan raya dan apa yang mengejutkan, parti Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di kalangan rakyat, khususnya golongan muda. Saya tidak ingin mempersoalkan parti pemerintahan mana yang terbaik, tetapi keadaan politik sekarang jelas menunjukkan bahawa setiap parti politik hanya mementingkan parti, kedudukan, kuasa, kerusi dan ideologi masing-masing tanpa memikirkan tentang halatuju negara. Hampir setiap hari terdapat perkara atau isu baru mangenai parti-parti politik. Senang cerita, politik Malaysia semakin kotor. Di satu sudut, Barisan Nasional dengan masalah-masalah yang tersendiri. Begitulah juga dengan Pakatan Rakyat dengan masalah-masalahnya yang tersendiri. Mereka sibuk dengan urusan-urusan parti sehingga mengabaikan kepentingan negara. Sebagai contoh kes pemimpin keluar daripada dewan dan memboikot persidangan tersebut. Kes ini berlaku di beberapa tempat, baik di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Di Perak, pemimpin Barisan Nasional telah bertindak keluar daripada Dewan tersebut dan baru-baru ini di Parlimen, Pemimpin Pakatan Rakyat telah bertindak keluar daripada Dewan Rakyat dan memboikot persidangan. Kenapa perkara ini berlaku???????? Jelas menunjukkan bahawa setiap parti hanya mementingkan ideologi dan kepentingan masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan negara dan rakyat. COmE on la.....pilihan raya telah lama berlalu dan sekarang pemimpin-pemimpin yang ada seharusnya menumpukan kepada pembangunan negara. Anda semua telah dipilih oleh rakyat dan berkerjalah untuk rakyat dan pembangunan negara. Sekirannya pemimpin yang sedia ada tidak bertindak dengan segera, halatuju negara akan menuju ke arah kehancuran..... Mahukah anda melihat negara Malaysia seperti mana keadaan negara Indonesia sekarang??????? dengan rusuhan, pergaduhan, keadaan ekonomi yang tidak menentu, inflsi, pengganguran dan lain-lain lagi??????? Keadaan Malaysia akan menjadi seperti negara Indonesia sekiranya pemimpin yang sedia ada hanya mementingkan kedudukan. kuasa, kerusi, parti dan lain-lain lagi.