Sunday, August 24, 2008

Motor ini ABAH PUNYA


Apabila tiba musim perayaan dan kemerdekaan, saya akan duduk di kaca televisyen untuk menunggu iklan Petronas. Petronas, melalui iklannya akan muncul dengan pelbagai tema yang berbeza dan menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang sesuatu isu atau perkara dengan baik sekali. Sempena dengan bulan kemerdekaan, Petronas telah muncul satu iklan yang pada mata kasar nampak normal dan menghiburkan tetapi mempunyai mesej tersirat yang membawa maksud mendalam. Iklan "Motor ini Abah punya" ini pada pandangan dan tafsiran saya mempunyai maklumat dan mesej yang mendalam tentang erti kesusahan dan keperitan orang dahulu untuk mencapai kemerdekaan...Tak faham ke????hehehe....ok,tengok bagaimana saya kaitkan iklan tersebut dengan kemerdekaan ye... :)Watak bapa yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai bapa di dalam video tersebut sering kali menolak keinginan anaknya apabila inginkan sesuatu. Dalam iklan tersebut, anaknya meminta jaring ikan dan meminta kereta kayu. Bapanya menolak segala permintaan anaknya dengan baik dan memberi 'hint' kepada anaknya agar berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya. Anaknya telah mengubahsuai segala bahan terpakai untuk mencapai yang diinginkan. Babak seterusnya menunjukkan bagaimana anaknya itu maju dalam hidup dan menghadiahkan motor tersebut kepada bapa kesayangannya. Apa kaitannya semua ini dengan kemerdekaan????? Ok.... di sini saya mengaitkan watak yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai pejuang kemerdekaan negara. Afdlin Shauki telah mengorbankan segala impian dan hasrat untuk memiliki motorsikal idamannya demi masa depan anaknya. Beliau telah menyimpan segala duit yang ada untuk masa depan anaknya. Begitulah juga dengan pejuang-pejuang negara yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mereka telah mengorbankan masa, impian dan hasrat mereka demi masa depan negara. Semua yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka pada masa dahulu. Sekirannya pejuang-pejuang ini hanya memikirkan tentang kepentingan dan keselesaan mereka ketika itu, saya pasti sehingga sekarang kita tidak boleh untuk mencapai kemerdekaan daripada negara British. Sikap Afdlin Shauki yang seperti "biarlah saya susah, tapi anak saya senang nanti" inilah telah membuat anaknya menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Secara tidak langsung, Afdlin Shauki telah mengajar anaknya tentang erti kesusahan hidup ini dan apa yang kita inginkan tidak boleh didapati dengan semudah yang disangkakan. Apa yang telah anaknya laluinya pada masa dahulu memberi kesan kepada keadaannya pada masa sekarang. Sekarang dia telah berjaya dalam hidup dan mampu "membayar balik" keinginan dan hasrat bapanya untuk memiliki motorsikal idaman. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat......segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu......Kejab-kejab, tak habis lagi....Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!! "Proud to be Malaysian !!!!!"

1 comment:

AnnysS said...

CoMEL nyaaa, saya pun tertarik tau dgn iklan PETRONAS nie . dah tak ade apa apa nak kata you dah jelaskan semuanya... hehehehe SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51