Tuesday, August 26, 2008

Dato' Sri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh


hi friends, keputusan pilihanraya Permatang Pauh yang dinanti-nantikan oleh 27 juta rakyat Malaysia dan juga "pemerhati-pemerhati" luar negara telah pun diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun 10.12 malam tadi. Seperti yang dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan undi majoriti sebanyak 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut mendapat 31,195 undi, manakala calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat pula memperolehi 92 undi sahaja. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar atas kemenangannya itu. Kita harus menerima keputusan pilihanraya ini kerana ia adalah suara rakyat dan keputusan rakyat untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen semula. Senario politik Malaysia menjanjikan "rentak" yang berbeza dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen. Tambahan pula, pada hari jumaat ini Perdana Menteri yang juga menteri kewangan akan membentangkan bajet 2009. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah esok 27 Ogos 2008, kita semua berpeluang menyaksikan sesi 'panas' tersebut di parlimen. Walau apa-apa pun yang berlaku, kita harus mengambil langkah "wait and see" terhadap keadaan dan suasana politik negara. Kita lihat sama ada Datuk Anwar Ibrahim mengotakkan janjinya sewaktu pilihanraya ataupun tidak......dan satu lagi, kita seharusnya pandai menilai sesuatu perkara....bukan berdasarkan kepada emosi dan perasaan marah kita terhadap sesuatu isu atau perkara. Yang pasti selepas ini.....politik Malaysia akan menjadi seperti "menuang petrol ke dalam api" sekirannya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat di parlimen ini hanya mementingkan ideologi parti dan kerusi masing-masing tanpa memikirkan tentang masa depan negara...Selamat kembali ke parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.....

No comments: