Hi kawan-kawan....sudah hampir setahun saya tidak 'mengupdatekan' blog saya nie....bukan sebab ape....bz lately....hehehe....ok la back to topik...Isu yang ingin saya kupas hari ini merupakan isu PTPTN...Sejak akhir-akhir ini isu tentang
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mewarnai keadaan
politik semasa negara. Janji untuk memansuhkan PTPTN telah ditaburkan oleh
parti pembangkang untuk 'memancing'
pengundi muda yang majoritinya peminjam PTPTN. Bagi pihak pembangkang, isu
PTPTN merupakan taktik permainan politik yang berkesan kerana ia melibatkan
jumlah peminjam yang banyak dan mampu memberi kesan dalam pilihan raya nanti.
Bagi mereka yang meminjam pinjaman pendidikan PTPTN pula, idea untuk
memansuhkan PTPTN merupakan satu idea yang bernas dan amat merugikan sekirannya
ditolak. Soalnya,anda bagaimana?
Pada pendapat saya, isu
pembayaran balik pinjaman PTPTN ini lebih kepada tanggungjawab moral. Sebagai peminjam
PTPTN, laksanakanlah tanggungjawab moral anda itu. Sama ada anda bersetuju
ataupun tidak, pinjaman tetap pinjaman dan adalah wajar untuk kita membayar
balik pinjaman tersebut. Tanpa bantuan pinjaman itu, ramai yang tidak mampu
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam isu ini, PTPTN
haruslah memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan peminjam membuat
bayaran balik dan pada masa yang sama tidak membebankan mereka.
PTPTN disaran agar menghapuskan
faedah dan kos pentadbiran yang dikenakan kepada peminjam serta menarik balik
nama yang disenarai hitam daripada ke luar negara. PTPTN yang menyenarai hitam
peminjam daripada ke luar negara kelihatan seperti 'Ah Long' yang memberi pinjaman dan kemudiannya mengejar serta 'menyimbah cat merah' ke rumah peminjam
yang gagal membuat balik bayaran. Langkah ini dilihat terlalu drastik dan
menghukum peminjam PTPTN. Terdapat pelbagai cara 'halus' lain yang boleh diambil oleh
PTPTN untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman tersebut dan pada masa
yang sama tidak membebankan mereka. Kajian menyeluruh diperlukan terhadap PTPTN
dari aspek pentadbiran, proses dan cara pembayaran balik pinjaman agar selari
dengan tujuan murni penubuhannya.
No comments:
Post a Comment