
Ketika ini, hangat diperkatakan tentang isu untuk menurunkan harga minyak dalam negara. jadi posting saya juga berkait rapat dengan isu menurunkan harga minyak. Rakyat Malaysia dengan "penuh sabar" menunggu keputusan daripada kerajaan untuk menurunkan harga minyak dalam negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini (24/09/2008). Buat masa ini, harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter. Sama ada harga minyak akan turun atau tidak itu masalah lain.

No comments:
Post a Comment