Friday, May 4, 2012

PTPTN: Tanggungjawab Moral

Hi kawan-kawan....sudah hampir setahun saya tidak 'mengupdatekan' blog saya nie....bukan sebab ape....bz lately....hehehe....ok la back to topik...Isu yang ingin saya kupas hari ini merupakan isu PTPTN...Sejak akhir-akhir ini isu tentang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mewarnai keadaan politik semasa negara. Janji untuk memansuhkan PTPTN telah ditaburkan oleh parti pembangkang untuk 'memancing' pengundi muda yang majoritinya peminjam PTPTN. Bagi pihak pembangkang, isu PTPTN merupakan taktik permainan politik yang berkesan kerana ia melibatkan jumlah peminjam yang banyak dan mampu memberi kesan dalam pilihan raya nanti. Bagi mereka yang meminjam pinjaman pendidikan PTPTN pula, idea untuk memansuhkan PTPTN merupakan satu idea yang bernas dan amat merugikan sekirannya ditolak. Soalnya,anda bagaimana?

Pada pendapat saya, isu pembayaran balik pinjaman PTPTN ini lebih kepada tanggungjawab moral. Sebagai peminjam PTPTN, laksanakanlah tanggungjawab moral anda itu. Sama ada anda bersetuju ataupun tidak, pinjaman tetap pinjaman dan adalah wajar untuk kita membayar balik pinjaman tersebut. Tanpa bantuan pinjaman itu, ramai yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam isu ini, PTPTN haruslah memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan peminjam membuat bayaran balik dan pada masa yang sama tidak membebankan mereka.

PTPTN disaran agar menghapuskan faedah dan kos pentadbiran yang dikenakan kepada peminjam serta menarik balik nama yang disenarai hitam daripada ke luar negara. PTPTN yang menyenarai hitam peminjam daripada ke luar negara kelihatan seperti 'Ah Long' yang memberi pinjaman dan kemudiannya mengejar serta 'menyimbah cat merah' ke rumah peminjam yang gagal membuat balik bayaran. Langkah ini dilihat terlalu drastik dan menghukum peminjam PTPTN. Terdapat pelbagai cara 'halus' lain yang boleh diambil oleh PTPTN untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman tersebut dan pada masa yang sama tidak membebankan mereka. Kajian menyeluruh diperlukan terhadap PTPTN dari aspek pentadbiran, proses dan cara pembayaran balik pinjaman agar selari dengan tujuan murni penubuhannya.

Friday, December 31, 2010

Sejenak Sebelum Tahun Baru 2011


hi dan salam 1Malaysia kawan-kawan..Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tahun 2010 menutup tirai dan menerima kedatangan tahun baru 2011....Isu yang ingin saya kupas ialah mengenai tahun baru ini...Ceritanya bermula macam ni..hehehe... 'Apakah kita berpuas hati dengan apa yang kita telah lakukan pada 2010??' Cukup 365 hari setiap tahun, kita pastinya menunggu detik-detik kedatangan tahun baru, dengan mencari lokasi-lokasi menyambut "new year celebration", membuat perancangan bagaimana untuk menyambut tahun baru dan lain-lain lagi. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tahun baru, kita seakan lupa matlamat dan tujuan kita berada di bumi ini....Cuba kita tanya pada diri sendiri apa yang telah kita lakukan untuk keluarga tahun ini?? untuk masyarakat??? untuk negara?? Berapa banyakkah duit yang telah anda dermakan kepada orang yang memerlukan pada tahun 2010??? Kita semua hanya sibuk memikirkan tentang diri sendiri!!, diri sendiri!! dan diri sendiri!! Kita tidak langsung memikirkan tentang golongan-golongan yang memerlukan bantuan di luar sane....Yang pasti, kita akan terus mencari ruang untuk berhibur dan mengejar kesenangan hidup siang malam....Wahai kawan-kawan, banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan diri luar sane....Ingatlah, hidup di dunia ini tidak lama....selagi bernyawa, bantulah mereka yang memerlukan di luar sane sebanyak yang mungkin...Walaupun RM 1 yang anda hulurkan, ianya cukup bermakna bagi orang yang memerlukan... Ok la kawan-kawan, dengan posting ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kawan-kawan...Moga tahun ini dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah, sihat tubuh badan dan kebahagiaan yang tidak terhingga :)

Monday, October 11, 2010

im back....

hi friends....first of all....SoRRY, mintak maaf....no new articles, no updates....busy lately...hehe...dengan this new updated blog...nantikan my writing... :)

Friday, October 3, 2008

gaya hidup anak-anak muda sekarang


hi friends, pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia. Sempena dengan hari raya ini, saya ingin membuat komen yang berkaitan dengan iklan petronas "mak ok tak???" yang saya tonton baru-baru ini dengan keadaan yang berlaku sekarang. Dalam iklan tersebut kelihatan tentang "gaya hidup" anak-anak muda sekarang. Setuju tak anda semua jika saya katakan anak-anak muda sekarang kalau tidak ada internet dan telefon bimbit, mereka tidak dapat "hidup" ???????? Bagi saya betul. Anak-anak muda sekarang kalau tiada internet dan telefon bimbit, susah!!!!! Tak dapat hidup!!!!!!! Saya bukan hendak memarahi anak-anak muda sekarang tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dan pangalaman saya, anak-anak muda ini kalau ada internet dan telefon bimbit, "tak makan pun takpe, janji mereka ada akses untuk kedua-dua "gadget" tadipun sudah cukup bagi mereka". kenapa tidak laman web yang lain????? Jika dilihat kepada data yang telah dikeluarkan oleh enjin carian popular, Google, pada tahun 2007, jumlah pengunjung Malaysia bagi laman web friendster.com. myspace.com dan pelbagai laman web sosial lain mencatat rekod pengunjung yang tinggi. kenapa laman-laman web sebegini yang mencatat rekod pengunjung yang tinggi?????? Inilah trend anak-anak muda sekarang. Dalam usia ini, mereka harus ada akaun friendster, akaun myspace, akaun yahoo messenger, akaun msn, telefon bimbit yang selalu "ditop-up tak putus-putus" dan pelbagai "kelengkapan" lain. Hidup mereka pada usia ini tidak akan "lengkap" tanpa semua ini. Alam Maya ini akan memajukan kita atau akan menghancurkan kita????????!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 23, 2008

Keputusan turunkan harga minyak 2 hari lagi....harga barang bila pulak????????


Ketika ini, hangat diperkatakan tentang isu untuk menurunkan harga minyak dalam negara. jadi posting saya juga berkait rapat dengan isu menurunkan harga minyak. Rakyat Malaysia dengan "penuh sabar" menunggu keputusan daripada kerajaan untuk menurunkan harga minyak dalam negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini (24/09/2008). Buat masa ini, harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter. Sama ada harga minyak akan turun atau tidak itu masalah lain. Apa yang ingin saya ketengahkan disini ialah adakah harga barang akan turun juga setelah kerajaan umumkan penurunan harga minyak pada hari rabu ini???????? Adakah peniaga-peniaga akan menurunkan harga barang-barang keperluan setelah selesa menjualnya pada harga yang tinggi?????? Kita begitu sibuk untuk menurunkan harga minyak tetapi tiada pula suara atau jaminan bahawa harga barang keperluan akan turun semula......Tiada pulak menteri-menteri yang membuat kenyataan bahawa harga barang akan diturunkan semula......Kita biasa mendengar, sekiranya harga minyak naik, harga barangpun akan naik.......Tapi bila harga minyak sudah turun, adakah harga barang juga akan turun sama???????

Wednesday, September 17, 2008

Abdullah dan Najib tukar portfolio kementerian


hi friends.....kali ini saya kembali dengan posting terbaru.....tak masuk surat khabar lagi 17/09/2008.... : ) esok baru masuk surat khabar 18/09/2008.......hehehe...isunya ialah tentang isu pertukaran portfolio di antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dengan dua jawatan yang agak tinggi iaitu jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan I. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah mengambil jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang telah disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini. Sudah menjadi kebiasaan sebelum ini di mana Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri Kewangan 1 dan Timbalan Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri Pertahanan. Hari ini, isu ini menjadi lebih menarik apabila buat pertama kali, "cross jawatan" dibuat melibatkan dua jawatan yang penting dalam kerajaan dan ia berkuat-kuasa serta merta. Pertukaran jawatan ini menjadi isu yang menarik bagi pandangan saya kerana ia secara tiba-tiba dibuat dan pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran saya berhubung dengan pertukaran jawatan ini. Kenapa hendak tukar portfolio sekarang???? Adakah pertukaran jawatan di antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ini di sebabkan oleh faktor kredibiliti???????????? Saya tidak ingin mengulas panjang tentang isu ini sebab sekarang ini ramai orang masuk ISA sebab blog.....hehehehe.....Saya biarkan persoalan ini untuk difikir-fikirkan oleh anda semua......

Monday, September 8, 2008

lompat parti

hi friends, hari ini, saya akan menyentuh tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang. Isu tersebut ialah isu "lompat parti". Sebelum memulakan posting saya ini, seperti biasa saya ingin mengatakan bahawa ini merupakan hasil pandangan saya dan tiada kaitan di antara hidup dan mati tau....hehehehe :) Sejak 50 tahun negara Malaysia merdeka, kepimpinan kerajaan Malaysia telah diterajui oleh Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Pilihan Raya Malaysia yang ke-12 pada 08/03/2008 telah mengubah "arus" politik dalam sejarah Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional yang menang majoriti dalam pilihanraya-pilihanraya yang sebelum ini terpaksa akur dengan "suara rakyat". Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan undi majoriti mudah. Apa yang ingin saya utarakan disini bukan mengenai pilihanraya yang ke-12, tetapi tentang isu parti yang sedia ada sekarang yang ingin lompat parti. Dahulu, apabila Barisan National menjadi sebuah parti komponen yang kuat, tiada siapa yang "merelakan" diri untuk keluar daripada Barisan National. Selepas pilihanraya yang ke-12, makin banyak suara kedengaran daripada parti-parti komponen Barisan Nasional yang ingin keluar parti. Saya tidak ingin menyatakan parti mana yang ingin keluar, anda sendiri pun tahu tentang parti-parti tersebut. Persoalan yang ingin saya utarakan disini ialah, kenapa ingin keluar parti sekarang, bukan dahulu?????? Jadi, apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti-parti ini???? Adakah sebab kerusi???? atau kuasa????? kepentingan diri sendiri???? Jadi, parti-parti ini akan bersama pada waktu senang dan akan meninggalkan parti pada waktu susah.....macam itu ke???? Fikir-fikirkanlah.......