Saturday, August 9, 2008

Kemana Halatuju Malaysia: Kehancuran atau pembangunan?



hi guys...this is my first posting.....tak tahu nak tulis ape.....hehehe.....finally, i decide nak tulis tentang tajuk ini : Kemana arah tuju negara malaysia? kehancuran atau pembangunan? sebelum itu, saya ingin jelaskan...posting ini merupakan pandangan saya berdasarkan senario politik yang sedang berlaku dalam negara.....so, tiada kaitan antara yang hidup n mati tau...hehehe....Selepas pilihan raya Malaysia yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008, halatuju pembangunan negara negara menjadi tanya soal.....kenapa? dalam sejarah, buat pertama kali parti pemerintahan Barisan Nasional telah kalah teruk di dalam pilihan raya dan apa yang mengejutkan, parti Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di kalangan rakyat, khususnya golongan muda. Saya tidak ingin mempersoalkan parti pemerintahan mana yang terbaik, tetapi keadaan politik sekarang jelas menunjukkan bahawa setiap parti politik hanya mementingkan parti, kedudukan, kuasa, kerusi dan ideologi masing-masing tanpa memikirkan tentang halatuju negara. Hampir setiap hari terdapat perkara atau isu baru mangenai parti-parti politik. Senang cerita, politik Malaysia semakin kotor. Di satu sudut, Barisan Nasional dengan masalah-masalah yang tersendiri. Begitulah juga dengan Pakatan Rakyat dengan masalah-masalahnya yang tersendiri. Mereka sibuk dengan urusan-urusan parti sehingga mengabaikan kepentingan negara. Sebagai contoh kes pemimpin keluar daripada dewan dan memboikot persidangan tersebut. Kes ini berlaku di beberapa tempat, baik di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Di Perak, pemimpin Barisan Nasional telah bertindak keluar daripada Dewan tersebut dan baru-baru ini di Parlimen, Pemimpin Pakatan Rakyat telah bertindak keluar daripada Dewan Rakyat dan memboikot persidangan. Kenapa perkara ini berlaku???????? Jelas menunjukkan bahawa setiap parti hanya mementingkan ideologi dan kepentingan masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan negara dan rakyat. COmE on la.....pilihan raya telah lama berlalu dan sekarang pemimpin-pemimpin yang ada seharusnya menumpukan kepada pembangunan negara. Anda semua telah dipilih oleh rakyat dan berkerjalah untuk rakyat dan pembangunan negara. Sekirannya pemimpin yang sedia ada tidak bertindak dengan segera, halatuju negara akan menuju ke arah kehancuran..... Mahukah anda melihat negara Malaysia seperti mana keadaan negara Indonesia sekarang??????? dengan rusuhan, pergaduhan, keadaan ekonomi yang tidak menentu, inflsi, pengganguran dan lain-lain lagi??????? Keadaan Malaysia akan menjadi seperti negara Indonesia sekiranya pemimpin yang sedia ada hanya mementingkan kedudukan. kuasa, kerusi, parti dan lain-lain lagi.

4 comments:

MAi SiNi TengoK.... said...

saya Sejutu dengan pendapat En Yogan. Pilihanraya dah lama berlalu, inilah masanya wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat menunjukkan kecekapan mereka dalam mengatasi masalah rakyat bukannya bergaduh tak menentu hala dan menboikot sesuatu majlis. Cubalah lihat nasib rakyat yang mempunyai pelbagai masalah seiringan dgn harga barangan yang meningkat dan pendapatan isi rumah yang tak seberapa.

Yoganthiran said...

thanx 4 yr comment anis.....mcm2 dh jadi pada negara kita anis... :(

Siti said...

setuju......saya setuju sgt dgn abg yogan..hehehehe...buruk la nama negara kalau pemimpin sendiri pengurusannya masih kucar kacir... malu je kan...zura pesan abg yogan jgn ego sgt erk...fham2 la ye...hehehehe

cikkema said...

hi yogan..kema here...i setuju ngn u...pemimpin perlu menjalankan tugas kepada rakyat yg telah memilih mereka..itu adalah tanggungjawab mereka...tetapi hari ni,pemimpin masing2 nak tunjuk belang...bermaen wayang depan rakyat...semua nak jg periuk nasi masing2 jer...i takut suatu hari maruah negara kite tergadai..tetapi kite harus sedar bhw kite sebagai rakyat biasa, rakyat Malaysia, punya kuasa utk bersuara...mulakan dgn pemikiran yg positif...fikirkan kepentingan bersama...bukan kepentingan individu...i nak tgk rakyat Malaysia bersatu hati semula...xkan kita nak persiakan jasa nenek moyang kita telah bermati-matian berjuang utk memerdekakan negara kita..renung-renungkan..anyway, keep up ur good work dude!!