Tuesday, August 19, 2008

Sekadar berkibar pada bulan Ogos????????


hi...i dah kembali lagi...selain kesibukan dengan pilihan raya bagi kerusi Parlimen di Permatang Pauh, satu lagi perkara yang mungkin kita lupakan buat sementara waktu ini.....Yup, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Saya terlintas untuk menulis tentang kemerdekaan setelah melihat bendera Malaysia sudah mula naikkan di bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan. Kelihatan juga anak-anak muda dengan begitu semangat sekali melatakkan bendera Malaysia pada basikal-basikal dan motorsikal mereka. Jadi posting saya pada kali ini berbunyi seperti ini "Sekadar berkibar pada bulan Ogos?????" :) Kadang-kadang saya tergelak apabila melihatkan perlakuan rakyat Malaysia apabila menaikkan bendera Malaysia pada bulan Ogos setiap tahun. Pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya apabila melihatkan semua ini. Antara soalan yang bermain dalam fikiran saya ialah: i. Adakah rakyat Malaysia betul-betul menghayati erti kemerdekaan atau hanya menaikkan bendera Malaysia setelah melihatkan rakan-rakan mereka atau menurut arahan daripada kerajaan untuk menaikkan bendera-bendera tersebut???? ii. Rasa cintakan negara itu hanya datang pada bulan Ogos setiap tahun atau memang terdapat dalam setiap rakyat Malaysia???? iii. Mengapakah rakyat Malaysia hanya menunjukkan semangat cintakan negara hanya pada bulan Ogos dan tidak pada bulan-bulan yang lain????? Persoalan-persoalan ini hanya bermain dalam fikiran saya dan tidak terjawab sehingga sekarang. Jawapannya terletak pada setiap rakyat Malaysia. Buatlah penilaian diri sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Penilaian diri sendiri dapat mengukur nilai patriotisme dan nasionalisme setiap individu terhadap negara tercinta, MALAYSIA.......

2 comments:

AnnysS said...

iii. my friend.. saya tak sempat pun nak postkan any article but you hav a lot... mmg idea tgh keluar ye.. anyway nak ulas pasal kibarkan bendera dan semangat nasionalisme skarang nie saya rasa rakyat Malaysia tak merasai apa yg dikatakan dengan erti merdeka. bagi saya erti merdeka sangat mendalam dari segi hidup kita pada masa sekarang.merdeka tak semestinya bebas dari di jajah oleh Penjajah. merdeka dari segi sosial, ekonomi dan politik. di mana negara boleh bergerak menuju ke arah kejayaan dimana undang2 dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ade penyelewengan . selain itu, dari segi sosial genjala genjala yang tidak sihat seperti dadah, dan lain lain tidak akan mempengaruhi muda mudi di negara kita..

Yoganthiran said...

thanx 4 yr comment anis....mmg betul apa yg anis kate itu....rakyat malaysia tidak merasai apa yang dimaksudkan dengan erti merdeka. merdeka pasca 1957 yang paling penting....kita seharusnya melawan semua ini anis.......ramai yang tidak tahu tentang hal ini anis. yg tahu tapi yg bt tak tahu pun ade anis.....merdeka selepas 1957 yg penting....