Sunday, August 17, 2008

Apa yang berlaku di Permatang Pauh??????? Parti Politik "berKerja kuat"????

hi friends... saya sudah kembali lagi.....hehehee... Pemilihan posting kali ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya setelah melihat pergolakan yang berlaku di Permatang Pauh. Sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang memerhati pergolakan, pertempuran parti-parti politik bagi mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh(P44). Ini adalah deretan daripada perletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bergiat aktif di dalam politik. So my posting berkaitan dengan pilihan raya yang berlaku di Permatang Pauh. Tajuk posting saya kali ini ialah 'Apa yang berlaku di Permatang Pauh????? Parti Politik bekerja keras????. Seperti biasa, ini adalah pandangan saya dan tiada kaitan diantara yang hidup atau yang dah mati... :) .Pilihan raya pada 26 Ogos 2008 pastinya menjanjikan persaingan yang sengit dua calon utamanya iaitu Barisan Nasional dengan calonnya iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Parti-parti politik yang terlibat di dalam pilihan raya ini akan "berkerja keras" untuk memenangi kerusi parlimen tersebut. Saya dapat melihat parti-parti politik yang bertanding sememangnya "berkerja keras" untuk memenangi pilihanraya ini. Mereka "bekerja keras" dalam memukul jurugambar The New Straits Times Press (NST) dan agensi berita asing Peranchis , insiden penyokong parti diraba di punggung dan diludah penyokong parti politik, menunjukkan aksi lucah dengan menunggeng punggung dan mungkin banyak lagi pada masa akan datang. Apa yang sedang berlaku ini???? Inikah contoh parti-parti yang bakal mempimpin kawasan Permatang Pauh tunjuk kepada rakyat, kepada pemerhati pilihan raya, baik di dalam negara ataupun luar negara?????? Tidakkah mereka malu dengan mempamerkan atau bertindak sedemikan???? Adakah mereka semua ini berjuang atas konsep "matlamat menghalalkan cara" seperti yang diketengahkan oleh Niccolo Machiavelli ????????
fikir-fikirkanlah..........

2 comments:

Tony Hii said...

Hello, keep it up.

MAi SiNi TengoK.... said...

pemerhatian yang agak membanggakan. tak sangka, politik di Malaysia tidak lagi aman seperti dahulu lagi. konsep Keamanan yang dahulu di banggakan kita kini hanya tinggal pada nama. Seperti biasa apabila berlaku satu pilihan raya kecil di sesebuah kawasan parlimen mestilah kecoh mcm nie laaa. aksi lucah dan pergaduhan sering menjadi topik utama. terima kasih dengan laporan yogi anis dah dua minggu tak membaca suratkhabar. anywayzzz bring back our FREEDOM hehehehe