Monday, September 1, 2008

Manusia pentingkan diri sendiri


hi friends.....Setuju tak apabila saya mengatakan bahawa manusia hanya akan datang pada anda setelah menilai apa yang anda ada??? Apabila anda ada sesuatu yang menjadi kepentingan mereka, barulah mereka akan mendekati diri dengan anda????? Setuju tak???? Bagi saya, betul..... berdasarkan pemerhatian saya dan apa yang telah saya lalui selama 23 tahun di muka bumi ini, saya bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan manusia ini hanya pentingkan diri sendiri. Kita mungkin tidak sedar, tetapi manusia ini hanya pentingkan diri mereka sendiri. Cuba lihat dan rasai sendiri. Dalam kehidupan seharian, cuba bilang berapa orang yang telah datang kepada anda. Dalam banyak-banyak orang yang datang itu, cuba kira balik berapa orang yang meminta pertolongan anda untuk buat itu, untuk buat ini. Selagi anda mempunyai sifat "ringan tulang" untuk menolong orang dan ada kepentingan tertentu bagi mereka, sudah pasti anda akan menjadi sasaran mereka. Cuba anda bayangkan diri anda sebagai pengemis jalanan. Adakah orang akan mendekati anda??? Jangan cakap orang lain, adik-beradik mahupun saudara mara anda pun tidak akan mendekati anda.....setuju tak??? SEKIRANYA anda telah menjadi orang berjaya dalam hidup, bergaji besar, hidup mewah......makin ramailah yang akan mendekati anda. Orang yang anda tidak kenali juga akan mula merapatkan diri dengan anda. Satu lagi contoh, cuba anda berpakaian kotor dan ke pasar raya dengan keadaan comot dan kotor. Cuba tengok sama ada anda dilayan oleh jurujual itu ataupun tidak. Mereka tidak akan menghampiri anda langsung. Hal ini berbeza sekiranya anda berpakaian kemas dan bertali leher. Inilah manusia. Anda akan dinilai berdasarkan pencapaian, taraf, kedudukan dan apa yang anda ada. Jika anda tidak mempunyai apa-apa, tiada siapa yang akan mendekati anda. Saya timbulkan perkara ini setelah melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, setelah melihatkan realiti hidup kita sebagai MANUSIA. Inikah TEORI MANUSIA di bumi???? Adakah kita ingin menjadi MANUSIA seperti di ATAS ?????

kakak nak jadi kakak saya tak????

hi friends....sebelum memulakan posting yang terbaru, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi kawan-kawan semua......pose biar penuh tau....hehehehe...Baru-baru ini saya melihat iklan Celcom yang terbaru.....iklan 1+5 celcom yang baru...."kakak nak jadi kakak saya tak????" :) Iklan Celcom tersebut mempromosikan tentang pakej 1+5 celcom yang baru. Mesej yang ingin disampaikan dalam iklan tersebut ialah menambahkan lagi perhubungan, ikatan daripada menerusi pakej yang ditawarkan oleh Celcom dahulu iaitu Celcom 1+3. Akan tetapi, saya melihat jauh daripada itu.... :) Saya ingin mengaitkan iklan tersebut dengan apa yang sedang berlaku sekarang......Di dalam iklan tersebut, tiada siapa yang mempedulikan tentang adik tersebut. Ramai orang yang lalu-lalang di kawasan tersbut, tetapi tiada siapa yang melayan mahupun berhenti untuk menanyakan apa yang sedang berlaku, apa yang telah terjadi pada adik tersebut...Inilah senario yang dapat lihat di Malaysia pada hari ini.....'Sibuk' la katakan... Masing-masing dengan kerja masing-masing. Tiada siapa pun yang mengambil berat tentang tentang perkara yang berlaku disekeliling mereka. Kita jarang bertegur sapa dengan jiran kita, ada juga yang tidak pernah bersembang dengan jiran di sebelah rumah kita. Yang memeranjatkan, ada juga yang tidak mengetahui siapa jiran mereka.....Jiran yang berada di sebelah rumah pun kita tak kenal, apatah lagi perkara yang berlaku di kawasan sekitar tempat perumahan, perkara yang berlaku di daerah, di negeri dan didalam negara......sudah pasti tidakkan????? Kemudian, apabila berlaku kes anak hilang, kes rogol, kes samun, kes bunuh, kes kecurian dan lain-lain lagi, semua akan menunding jari kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dengan mengatakan pihak polis tidak menjalankan tugas dengan baik dan mengakibatkan kepada keadaan persekitaran yang tidak selamat, kadar jenayah yang tinggi dan lain-lain lagi. Siapa yang penyumbang kepada semua ini?????????? Polis atau rakyat itu sendiri??????? Kita mungkin tidak melihat pekara ini, tetapi inilah kebenarannya. Rakyat yang menjadi punca kepada semua ini. Jiran yang diibaratkan sebagai saudara terdekat tidak lagi memainkan peranannya. Kadang-kadang saya terfikir....Adakah semua ini menjadi indikator yang menunjukkan bahawa negara Malaysia semakin membangun dan maju sehingga mengabaikan "asas asal kita" ?????? Ini baru tahun 2008....Apa yang akan berlaku pada 10 tahun akan datang????????

Tuesday, August 26, 2008

Dato' Sri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh


hi friends, keputusan pilihanraya Permatang Pauh yang dinanti-nantikan oleh 27 juta rakyat Malaysia dan juga "pemerhati-pemerhati" luar negara telah pun diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun 10.12 malam tadi. Seperti yang dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan undi majoriti sebanyak 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut mendapat 31,195 undi, manakala calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat pula memperolehi 92 undi sahaja. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar atas kemenangannya itu. Kita harus menerima keputusan pilihanraya ini kerana ia adalah suara rakyat dan keputusan rakyat untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen semula. Senario politik Malaysia menjanjikan "rentak" yang berbeza dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen. Tambahan pula, pada hari jumaat ini Perdana Menteri yang juga menteri kewangan akan membentangkan bajet 2009. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah esok 27 Ogos 2008, kita semua berpeluang menyaksikan sesi 'panas' tersebut di parlimen. Walau apa-apa pun yang berlaku, kita harus mengambil langkah "wait and see" terhadap keadaan dan suasana politik negara. Kita lihat sama ada Datuk Anwar Ibrahim mengotakkan janjinya sewaktu pilihanraya ataupun tidak......dan satu lagi, kita seharusnya pandai menilai sesuatu perkara....bukan berdasarkan kepada emosi dan perasaan marah kita terhadap sesuatu isu atau perkara. Yang pasti selepas ini.....politik Malaysia akan menjadi seperti "menuang petrol ke dalam api" sekirannya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat di parlimen ini hanya mementingkan ideologi parti dan kerusi masing-masing tanpa memikirkan tentang masa depan negara...Selamat kembali ke parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.....

Sunday, August 24, 2008

Motor ini ABAH PUNYA


Apabila tiba musim perayaan dan kemerdekaan, saya akan duduk di kaca televisyen untuk menunggu iklan Petronas. Petronas, melalui iklannya akan muncul dengan pelbagai tema yang berbeza dan menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang sesuatu isu atau perkara dengan baik sekali. Sempena dengan bulan kemerdekaan, Petronas telah muncul satu iklan yang pada mata kasar nampak normal dan menghiburkan tetapi mempunyai mesej tersirat yang membawa maksud mendalam. Iklan "Motor ini Abah punya" ini pada pandangan dan tafsiran saya mempunyai maklumat dan mesej yang mendalam tentang erti kesusahan dan keperitan orang dahulu untuk mencapai kemerdekaan...Tak faham ke????hehehe....ok,tengok bagaimana saya kaitkan iklan tersebut dengan kemerdekaan ye... :)Watak bapa yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai bapa di dalam video tersebut sering kali menolak keinginan anaknya apabila inginkan sesuatu. Dalam iklan tersebut, anaknya meminta jaring ikan dan meminta kereta kayu. Bapanya menolak segala permintaan anaknya dengan baik dan memberi 'hint' kepada anaknya agar berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya. Anaknya telah mengubahsuai segala bahan terpakai untuk mencapai yang diinginkan. Babak seterusnya menunjukkan bagaimana anaknya itu maju dalam hidup dan menghadiahkan motor tersebut kepada bapa kesayangannya. Apa kaitannya semua ini dengan kemerdekaan????? Ok.... di sini saya mengaitkan watak yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai pejuang kemerdekaan negara. Afdlin Shauki telah mengorbankan segala impian dan hasrat untuk memiliki motorsikal idamannya demi masa depan anaknya. Beliau telah menyimpan segala duit yang ada untuk masa depan anaknya. Begitulah juga dengan pejuang-pejuang negara yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mereka telah mengorbankan masa, impian dan hasrat mereka demi masa depan negara. Semua yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka pada masa dahulu. Sekirannya pejuang-pejuang ini hanya memikirkan tentang kepentingan dan keselesaan mereka ketika itu, saya pasti sehingga sekarang kita tidak boleh untuk mencapai kemerdekaan daripada negara British. Sikap Afdlin Shauki yang seperti "biarlah saya susah, tapi anak saya senang nanti" inilah telah membuat anaknya menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Secara tidak langsung, Afdlin Shauki telah mengajar anaknya tentang erti kesusahan hidup ini dan apa yang kita inginkan tidak boleh didapati dengan semudah yang disangkakan. Apa yang telah anaknya laluinya pada masa dahulu memberi kesan kepada keadaannya pada masa sekarang. Sekarang dia telah berjaya dalam hidup dan mampu "membayar balik" keinginan dan hasrat bapanya untuk memiliki motorsikal idaman. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat......segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu......Kejab-kejab, tak habis lagi....Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!! "Proud to be Malaysian !!!!!"

Thursday, August 21, 2008

Kibarkan bendera terbalik?????????


hi friends....sekarang isu terbaru dalam negara kita adalah mengenai mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik pada bulan kemerdekaan ini. Apabila mengetahui tentang berita ini, saya marah dan malu terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh saudara Kickdefella daripada Kelantan. Segala hujah yang diberikan olehnya agar rakyat Malaysia mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik setelah melihatkan keadaan ekonomi sekarang, pucuk pimpinan kerajaan yang lemah, dan menceritakan tentang masalah peribadi beliau. Saya tidak ingin bercerita tentang masalah peribadi beliau. Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah mengapa bendera Malaysia yang "menjadi mangsa" kepada semua ini???????? Sekirannya anda tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan negara yang ada sekarang, tukarkan mereka dengan kerajaan baru pada pilihan raya yang akan datang, apa masalahnya dengan bendera Malaysia?????????? Tidakkah mereka tahu yang bendera Malaysia merupakan simbol kemegahan, kekuatan, martabat dan maruah negara??????? Apa yang menghairankan saya ialah mengapakah rakyat Malaysia sendiri yang melakukan perkara tersebut???????????? Tidakkah anda berbangga menjadi rakyat Malaysia???????? Dahulu isu lagu NegaraKUKU.....Sekarang isu untuk mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik.....apa lagi yang akan timbul pada masa akan datang???????????? Apa yang membuatkan saya marah ialah rakyat sendiri yang memalukan negara Malaysia dengan tampil membuat perkara-perkara yang sedemikian!!!!!!! Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mempertahankan negara, bukan memalukan dan menjual maruah negara sendiri!!!!!!!!!! Adakah anda akan "declare" bahawa anda ini datang daripada negeri Kedah, negeri kelantan atau daripada negeri Perak apabila ke luar negara nanti??????????? Tepuk dada, tanya minda!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 20, 2008

Wall- E dan Manusia....


hi kawan-kawan...saya ini banyak membincangkan tentang masalah negara dan Malaysia kan???kita bagi rehat sekejab ok ...hehehe....Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang filem yang telah saya tonton baru-baru ini. Saya telah menonton filem Wall-E, sebuah filem yang berkaitan dengan robot....Saya terpanggil untuk menulis tentang filem Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) ini kerana filem Wall- E ini merupakan satu-satunya filem animasi 3d yang telah membuat hati saya tersentuh.....hampir-hampir mengalirkan air mata la katakan.....hehehhehehehe.... Filem ini memang menarik untuk tontonan seisi keluarga : ) Filem ini mengisahkan cinta sebuah robot, iaitu Wall- E yang kesepian di muka bumi yang telah setelah lama tidak diduduki oleh manusia . Manusia meninggalkan muka bumi ini ke angkasa lepas atas sebab bumi ini tidak selamat untuk diduduki manusia dan benda hidup lain. Sejak beratus tahun, Wall-E bertugas sebagai Majlis Perbandaran la katakan untuk membersihkan sampah-sampah di bumi. Hobinya adalah mengutip benda-benda yang kecil seperti skru, cincin, kasut untuk mengisi kesepiannya selain daripada kerja rutin yang biasa dilakukannya. Cinta ini berputik selepas Wall-E bertemu dengan Eve, sebuah robot di angkasa lepas yang telah ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan di muka bumi. Eve telah dihantar untuk melihat dan mengkaji sama ada bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia ataupun tidak. Disitu Wall-E telah menjadi kawan dengan iaitu Eve dan hubungan mereka menjadi istimewa. Sebagai tanda cinta, Wall-E telah menghadiahkan satu-satunya pokok yang terdapat pada muka bumi kepada Eve. Pokok itu merupakan bukti bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh makhluk hidup. Eve telah menerima pokok tersebut dan bergegas ke angkasa lepas untuk memberitahu bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia. Wall-E yang sudah lama keseorangan di bumi mengikut Eve ke angkasa lepas. Pelbagai pergolakan berlaku di angkasa lepas. Hati saya tersentuh apabila "motherboard" yang mengerakkan Wall-E musnah dalam pergolakkan yang berlaku di angkasa lepas dan Wall-E telah hilang ingatan tentang semua perkara yang berlaku. Eve telah mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan Wall-E. Memang sedih tau....heheehehe.....Sambil menonton filem tersebut, beberapa soalan muncul tanpa jawapan dalam otak saya.....Antara soalan yang muncul dalam fikiran saya ialah " mengapakah manusia sekarang semakin kurang dan hampir tidak mempunyai perasaan kasih sayang sedangkan Wall-E dan Eve sebagai robot mempunyai perasaan kasih sayang yang tinggi????????" Kita sebagai manusia????? Dimanakah nilai kemanusiaan sekarang?????? Tanyalah diri sendiri....Masing-masing mengejar kepentingan peribadi dan kekayaan hidup yang bersifat sementara.....Apa yang akan terjadi pada masa akan datang?????????????

Tuesday, August 19, 2008

Sekadar berkibar pada bulan Ogos????????


hi...i dah kembali lagi...selain kesibukan dengan pilihan raya bagi kerusi Parlimen di Permatang Pauh, satu lagi perkara yang mungkin kita lupakan buat sementara waktu ini.....Yup, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Saya terlintas untuk menulis tentang kemerdekaan setelah melihat bendera Malaysia sudah mula naikkan di bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan. Kelihatan juga anak-anak muda dengan begitu semangat sekali melatakkan bendera Malaysia pada basikal-basikal dan motorsikal mereka. Jadi posting saya pada kali ini berbunyi seperti ini "Sekadar berkibar pada bulan Ogos?????" :) Kadang-kadang saya tergelak apabila melihatkan perlakuan rakyat Malaysia apabila menaikkan bendera Malaysia pada bulan Ogos setiap tahun. Pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya apabila melihatkan semua ini. Antara soalan yang bermain dalam fikiran saya ialah: i. Adakah rakyat Malaysia betul-betul menghayati erti kemerdekaan atau hanya menaikkan bendera Malaysia setelah melihatkan rakan-rakan mereka atau menurut arahan daripada kerajaan untuk menaikkan bendera-bendera tersebut???? ii. Rasa cintakan negara itu hanya datang pada bulan Ogos setiap tahun atau memang terdapat dalam setiap rakyat Malaysia???? iii. Mengapakah rakyat Malaysia hanya menunjukkan semangat cintakan negara hanya pada bulan Ogos dan tidak pada bulan-bulan yang lain????? Persoalan-persoalan ini hanya bermain dalam fikiran saya dan tidak terjawab sehingga sekarang. Jawapannya terletak pada setiap rakyat Malaysia. Buatlah penilaian diri sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Penilaian diri sendiri dapat mengukur nilai patriotisme dan nasionalisme setiap individu terhadap negara tercinta, MALAYSIA.......