Tuesday, August 26, 2008

Dato' Sri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh


hi friends, keputusan pilihanraya Permatang Pauh yang dinanti-nantikan oleh 27 juta rakyat Malaysia dan juga "pemerhati-pemerhati" luar negara telah pun diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun 10.12 malam tadi. Seperti yang dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan undi majoriti sebanyak 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut mendapat 31,195 undi, manakala calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat pula memperolehi 92 undi sahaja. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar atas kemenangannya itu. Kita harus menerima keputusan pilihanraya ini kerana ia adalah suara rakyat dan keputusan rakyat untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen semula. Senario politik Malaysia menjanjikan "rentak" yang berbeza dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen. Tambahan pula, pada hari jumaat ini Perdana Menteri yang juga menteri kewangan akan membentangkan bajet 2009. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah esok 27 Ogos 2008, kita semua berpeluang menyaksikan sesi 'panas' tersebut di parlimen. Walau apa-apa pun yang berlaku, kita harus mengambil langkah "wait and see" terhadap keadaan dan suasana politik negara. Kita lihat sama ada Datuk Anwar Ibrahim mengotakkan janjinya sewaktu pilihanraya ataupun tidak......dan satu lagi, kita seharusnya pandai menilai sesuatu perkara....bukan berdasarkan kepada emosi dan perasaan marah kita terhadap sesuatu isu atau perkara. Yang pasti selepas ini.....politik Malaysia akan menjadi seperti "menuang petrol ke dalam api" sekirannya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat di parlimen ini hanya mementingkan ideologi parti dan kerusi masing-masing tanpa memikirkan tentang masa depan negara...Selamat kembali ke parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.....

Sunday, August 24, 2008

Motor ini ABAH PUNYA


Apabila tiba musim perayaan dan kemerdekaan, saya akan duduk di kaca televisyen untuk menunggu iklan Petronas. Petronas, melalui iklannya akan muncul dengan pelbagai tema yang berbeza dan menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang sesuatu isu atau perkara dengan baik sekali. Sempena dengan bulan kemerdekaan, Petronas telah muncul satu iklan yang pada mata kasar nampak normal dan menghiburkan tetapi mempunyai mesej tersirat yang membawa maksud mendalam. Iklan "Motor ini Abah punya" ini pada pandangan dan tafsiran saya mempunyai maklumat dan mesej yang mendalam tentang erti kesusahan dan keperitan orang dahulu untuk mencapai kemerdekaan...Tak faham ke????hehehe....ok,tengok bagaimana saya kaitkan iklan tersebut dengan kemerdekaan ye... :)Watak bapa yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai bapa di dalam video tersebut sering kali menolak keinginan anaknya apabila inginkan sesuatu. Dalam iklan tersebut, anaknya meminta jaring ikan dan meminta kereta kayu. Bapanya menolak segala permintaan anaknya dengan baik dan memberi 'hint' kepada anaknya agar berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya. Anaknya telah mengubahsuai segala bahan terpakai untuk mencapai yang diinginkan. Babak seterusnya menunjukkan bagaimana anaknya itu maju dalam hidup dan menghadiahkan motor tersebut kepada bapa kesayangannya. Apa kaitannya semua ini dengan kemerdekaan????? Ok.... di sini saya mengaitkan watak yang dimainkan oleh Afdlin Shauki sebagai pejuang kemerdekaan negara. Afdlin Shauki telah mengorbankan segala impian dan hasrat untuk memiliki motorsikal idamannya demi masa depan anaknya. Beliau telah menyimpan segala duit yang ada untuk masa depan anaknya. Begitulah juga dengan pejuang-pejuang negara yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mereka telah mengorbankan masa, impian dan hasrat mereka demi masa depan negara. Semua yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka pada masa dahulu. Sekirannya pejuang-pejuang ini hanya memikirkan tentang kepentingan dan keselesaan mereka ketika itu, saya pasti sehingga sekarang kita tidak boleh untuk mencapai kemerdekaan daripada negara British. Sikap Afdlin Shauki yang seperti "biarlah saya susah, tapi anak saya senang nanti" inilah telah membuat anaknya menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Secara tidak langsung, Afdlin Shauki telah mengajar anaknya tentang erti kesusahan hidup ini dan apa yang kita inginkan tidak boleh didapati dengan semudah yang disangkakan. Apa yang telah anaknya laluinya pada masa dahulu memberi kesan kepada keadaannya pada masa sekarang. Sekarang dia telah berjaya dalam hidup dan mampu "membayar balik" keinginan dan hasrat bapanya untuk memiliki motorsikal idaman. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat......segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu......Kejab-kejab, tak habis lagi....Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!! "Proud to be Malaysian !!!!!"

Thursday, August 21, 2008

Kibarkan bendera terbalik?????????


hi friends....sekarang isu terbaru dalam negara kita adalah mengenai mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik pada bulan kemerdekaan ini. Apabila mengetahui tentang berita ini, saya marah dan malu terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh saudara Kickdefella daripada Kelantan. Segala hujah yang diberikan olehnya agar rakyat Malaysia mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik setelah melihatkan keadaan ekonomi sekarang, pucuk pimpinan kerajaan yang lemah, dan menceritakan tentang masalah peribadi beliau. Saya tidak ingin bercerita tentang masalah peribadi beliau. Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah mengapa bendera Malaysia yang "menjadi mangsa" kepada semua ini???????? Sekirannya anda tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan negara yang ada sekarang, tukarkan mereka dengan kerajaan baru pada pilihan raya yang akan datang, apa masalahnya dengan bendera Malaysia?????????? Tidakkah mereka tahu yang bendera Malaysia merupakan simbol kemegahan, kekuatan, martabat dan maruah negara??????? Apa yang menghairankan saya ialah mengapakah rakyat Malaysia sendiri yang melakukan perkara tersebut???????????? Tidakkah anda berbangga menjadi rakyat Malaysia???????? Dahulu isu lagu NegaraKUKU.....Sekarang isu untuk mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik.....apa lagi yang akan timbul pada masa akan datang???????????? Apa yang membuatkan saya marah ialah rakyat sendiri yang memalukan negara Malaysia dengan tampil membuat perkara-perkara yang sedemikian!!!!!!! Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mempertahankan negara, bukan memalukan dan menjual maruah negara sendiri!!!!!!!!!! Adakah anda akan "declare" bahawa anda ini datang daripada negeri Kedah, negeri kelantan atau daripada negeri Perak apabila ke luar negara nanti??????????? Tepuk dada, tanya minda!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 20, 2008

Wall- E dan Manusia....


hi kawan-kawan...saya ini banyak membincangkan tentang masalah negara dan Malaysia kan???kita bagi rehat sekejab ok ...hehehe....Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang filem yang telah saya tonton baru-baru ini. Saya telah menonton filem Wall-E, sebuah filem yang berkaitan dengan robot....Saya terpanggil untuk menulis tentang filem Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) ini kerana filem Wall- E ini merupakan satu-satunya filem animasi 3d yang telah membuat hati saya tersentuh.....hampir-hampir mengalirkan air mata la katakan.....hehehhehehehe.... Filem ini memang menarik untuk tontonan seisi keluarga : ) Filem ini mengisahkan cinta sebuah robot, iaitu Wall- E yang kesepian di muka bumi yang telah setelah lama tidak diduduki oleh manusia . Manusia meninggalkan muka bumi ini ke angkasa lepas atas sebab bumi ini tidak selamat untuk diduduki manusia dan benda hidup lain. Sejak beratus tahun, Wall-E bertugas sebagai Majlis Perbandaran la katakan untuk membersihkan sampah-sampah di bumi. Hobinya adalah mengutip benda-benda yang kecil seperti skru, cincin, kasut untuk mengisi kesepiannya selain daripada kerja rutin yang biasa dilakukannya. Cinta ini berputik selepas Wall-E bertemu dengan Eve, sebuah robot di angkasa lepas yang telah ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan di muka bumi. Eve telah dihantar untuk melihat dan mengkaji sama ada bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia ataupun tidak. Disitu Wall-E telah menjadi kawan dengan iaitu Eve dan hubungan mereka menjadi istimewa. Sebagai tanda cinta, Wall-E telah menghadiahkan satu-satunya pokok yang terdapat pada muka bumi kepada Eve. Pokok itu merupakan bukti bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh makhluk hidup. Eve telah menerima pokok tersebut dan bergegas ke angkasa lepas untuk memberitahu bahawa bumi ini selamat untuk diduduki oleh manusia. Wall-E yang sudah lama keseorangan di bumi mengikut Eve ke angkasa lepas. Pelbagai pergolakan berlaku di angkasa lepas. Hati saya tersentuh apabila "motherboard" yang mengerakkan Wall-E musnah dalam pergolakkan yang berlaku di angkasa lepas dan Wall-E telah hilang ingatan tentang semua perkara yang berlaku. Eve telah mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan Wall-E. Memang sedih tau....heheehehe.....Sambil menonton filem tersebut, beberapa soalan muncul tanpa jawapan dalam otak saya.....Antara soalan yang muncul dalam fikiran saya ialah " mengapakah manusia sekarang semakin kurang dan hampir tidak mempunyai perasaan kasih sayang sedangkan Wall-E dan Eve sebagai robot mempunyai perasaan kasih sayang yang tinggi????????" Kita sebagai manusia????? Dimanakah nilai kemanusiaan sekarang?????? Tanyalah diri sendiri....Masing-masing mengejar kepentingan peribadi dan kekayaan hidup yang bersifat sementara.....Apa yang akan terjadi pada masa akan datang?????????????

Tuesday, August 19, 2008

Sekadar berkibar pada bulan Ogos????????


hi...i dah kembali lagi...selain kesibukan dengan pilihan raya bagi kerusi Parlimen di Permatang Pauh, satu lagi perkara yang mungkin kita lupakan buat sementara waktu ini.....Yup, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Saya terlintas untuk menulis tentang kemerdekaan setelah melihat bendera Malaysia sudah mula naikkan di bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan. Kelihatan juga anak-anak muda dengan begitu semangat sekali melatakkan bendera Malaysia pada basikal-basikal dan motorsikal mereka. Jadi posting saya pada kali ini berbunyi seperti ini "Sekadar berkibar pada bulan Ogos?????" :) Kadang-kadang saya tergelak apabila melihatkan perlakuan rakyat Malaysia apabila menaikkan bendera Malaysia pada bulan Ogos setiap tahun. Pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya apabila melihatkan semua ini. Antara soalan yang bermain dalam fikiran saya ialah: i. Adakah rakyat Malaysia betul-betul menghayati erti kemerdekaan atau hanya menaikkan bendera Malaysia setelah melihatkan rakan-rakan mereka atau menurut arahan daripada kerajaan untuk menaikkan bendera-bendera tersebut???? ii. Rasa cintakan negara itu hanya datang pada bulan Ogos setiap tahun atau memang terdapat dalam setiap rakyat Malaysia???? iii. Mengapakah rakyat Malaysia hanya menunjukkan semangat cintakan negara hanya pada bulan Ogos dan tidak pada bulan-bulan yang lain????? Persoalan-persoalan ini hanya bermain dalam fikiran saya dan tidak terjawab sehingga sekarang. Jawapannya terletak pada setiap rakyat Malaysia. Buatlah penilaian diri sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Penilaian diri sendiri dapat mengukur nilai patriotisme dan nasionalisme setiap individu terhadap negara tercinta, MALAYSIA.......

Sunday, August 17, 2008

Apa yang berlaku di Permatang Pauh??????? Parti Politik "berKerja kuat"????

hi friends... saya sudah kembali lagi.....hehehee... Pemilihan posting kali ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya setelah melihat pergolakan yang berlaku di Permatang Pauh. Sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang memerhati pergolakan, pertempuran parti-parti politik bagi mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh(P44). Ini adalah deretan daripada perletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bergiat aktif di dalam politik. So my posting berkaitan dengan pilihan raya yang berlaku di Permatang Pauh. Tajuk posting saya kali ini ialah 'Apa yang berlaku di Permatang Pauh????? Parti Politik bekerja keras????. Seperti biasa, ini adalah pandangan saya dan tiada kaitan diantara yang hidup atau yang dah mati... :) .Pilihan raya pada 26 Ogos 2008 pastinya menjanjikan persaingan yang sengit dua calon utamanya iaitu Barisan Nasional dengan calonnya iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Parti-parti politik yang terlibat di dalam pilihan raya ini akan "berkerja keras" untuk memenangi kerusi parlimen tersebut. Saya dapat melihat parti-parti politik yang bertanding sememangnya "berkerja keras" untuk memenangi pilihanraya ini. Mereka "bekerja keras" dalam memukul jurugambar The New Straits Times Press (NST) dan agensi berita asing Peranchis , insiden penyokong parti diraba di punggung dan diludah penyokong parti politik, menunjukkan aksi lucah dengan menunggeng punggung dan mungkin banyak lagi pada masa akan datang. Apa yang sedang berlaku ini???? Inikah contoh parti-parti yang bakal mempimpin kawasan Permatang Pauh tunjuk kepada rakyat, kepada pemerhati pilihan raya, baik di dalam negara ataupun luar negara?????? Tidakkah mereka malu dengan mempamerkan atau bertindak sedemikan???? Adakah mereka semua ini berjuang atas konsep "matlamat menghalalkan cara" seperti yang diketengahkan oleh Niccolo Machiavelli ????????
fikir-fikirkanlah..........

Sunday, August 10, 2008

Atlet Olimpik Negara berjuang atas nama MALAYSIA atau insentif satu juta???


hi hi.....i dah kembali dengan my posting yang kedua...hehehe....sekarang nie kita semua telah melanda demam Sukan Olimpik Beijing 2008.....so my posting pun ade la jugak kaitannya dengan Sukan Olimpik nie.....kali ini saya muncul dengan tajuk Atlet Olimpik Negara berjuang atas nama Malaysia atau insentif satu juta???so.....macam biasa.....ini merupakan pandangan saya dan tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati....hehehee....Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu insentif baru kepada atlet-atlet negara yang berjaya merangkul pingat emas di dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diberi wang sebanyak RM 1 juta. Wau....besar jumlahnya kan....Isu pemberian insentif kepada atlet-atlet yang cemerlang semenangnya bagus kerana ia adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghargai atlet-atlet sukan negara. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah adakah atlet-atlet negara berjuang atas nama negara atau berjuang atas insentif RM 1 juta tersebut?????? Apabila diberi pilihan diantara RM 1 juta dan MALAYSIA....mana satu yang akan anda pilih????? Wahai atlet-atlet Malaysia, berjuanglah atas nama negara tercinta, MALAYSIA!!!!!! Jangan berjuang atas habuan yang bakal diterima nanti.
Tunjukkanlah semangat nationalisme yang tinggi dalam setiap acara sukan yang disertai. Contohilah atlet-atlet daripada negara China. Mereka mempunyai semangat nationalisme yang tinggi dalam segala bidang yang diceburi sehingga menjadi salah satu daripada "Emerging Superpower ". Mereka tidak mengharapkan wang yang melimpah ruah dalam poket mereka tetapi atas semangat cintakan negara mereka, mereka berjaya mengharumkan negara China ke peringkat antarabangsa. Sikap inilah yang kita mahu pada setiap atlet-atlet negara. President John F. Kennedy juga pernah berkata "ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country" Semangat inilah yang perlu ada dalam setiap atlet-atlet negara sewaktu berjuang untuk negara nanti. Soal RM 1 juta tersebut ketepikan dahulu. Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh demi negara. Anda boleh lakukannya!!!!!

Saturday, August 9, 2008

Kemana Halatuju Malaysia: Kehancuran atau pembangunan?



hi guys...this is my first posting.....tak tahu nak tulis ape.....hehehe.....finally, i decide nak tulis tentang tajuk ini : Kemana arah tuju negara malaysia? kehancuran atau pembangunan? sebelum itu, saya ingin jelaskan...posting ini merupakan pandangan saya berdasarkan senario politik yang sedang berlaku dalam negara.....so, tiada kaitan antara yang hidup n mati tau...hehehe....Selepas pilihan raya Malaysia yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008, halatuju pembangunan negara negara menjadi tanya soal.....kenapa? dalam sejarah, buat pertama kali parti pemerintahan Barisan Nasional telah kalah teruk di dalam pilihan raya dan apa yang mengejutkan, parti Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di kalangan rakyat, khususnya golongan muda. Saya tidak ingin mempersoalkan parti pemerintahan mana yang terbaik, tetapi keadaan politik sekarang jelas menunjukkan bahawa setiap parti politik hanya mementingkan parti, kedudukan, kuasa, kerusi dan ideologi masing-masing tanpa memikirkan tentang halatuju negara. Hampir setiap hari terdapat perkara atau isu baru mangenai parti-parti politik. Senang cerita, politik Malaysia semakin kotor. Di satu sudut, Barisan Nasional dengan masalah-masalah yang tersendiri. Begitulah juga dengan Pakatan Rakyat dengan masalah-masalahnya yang tersendiri. Mereka sibuk dengan urusan-urusan parti sehingga mengabaikan kepentingan negara. Sebagai contoh kes pemimpin keluar daripada dewan dan memboikot persidangan tersebut. Kes ini berlaku di beberapa tempat, baik di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Di Perak, pemimpin Barisan Nasional telah bertindak keluar daripada Dewan tersebut dan baru-baru ini di Parlimen, Pemimpin Pakatan Rakyat telah bertindak keluar daripada Dewan Rakyat dan memboikot persidangan. Kenapa perkara ini berlaku???????? Jelas menunjukkan bahawa setiap parti hanya mementingkan ideologi dan kepentingan masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan negara dan rakyat. COmE on la.....pilihan raya telah lama berlalu dan sekarang pemimpin-pemimpin yang ada seharusnya menumpukan kepada pembangunan negara. Anda semua telah dipilih oleh rakyat dan berkerjalah untuk rakyat dan pembangunan negara. Sekirannya pemimpin yang sedia ada tidak bertindak dengan segera, halatuju negara akan menuju ke arah kehancuran..... Mahukah anda melihat negara Malaysia seperti mana keadaan negara Indonesia sekarang??????? dengan rusuhan, pergaduhan, keadaan ekonomi yang tidak menentu, inflsi, pengganguran dan lain-lain lagi??????? Keadaan Malaysia akan menjadi seperti negara Indonesia sekiranya pemimpin yang sedia ada hanya mementingkan kedudukan. kuasa, kerusi, parti dan lain-lain lagi.